RUAMTHAI PTSB (Kulim)

Laman rasmi Ruam Thai Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim

SEJARAH RUAMTHAI PTSB

 

Ruam Thai Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) mula bergiat aktif pada tahun 2006. Pada tahun tersebut, RuamThai PTSB telah bergabung dengan RuamThai Politeknik Seberang Perai (PSP) membuat majlis suai kenal (rapnong) di Sungai Petani, Kedah. Program berjaya dapat dilaksanakan sebab mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak. Progran tersebit diketuai oleh kakak Pha. Kemudian pada tahun 2007, RuamThai PTSB telah bekerjasama dengan University Songkhla Stud & Primary, Thailand menjayakan suatu majlis antara pelajar di kedua-dua intitusi pengajian tinggi di Hotel Tanjong Bunga pada 22 - 24 Mac 2007. Program ini dapat mengeratkan hubungan antara belia kedua-dua negara.

Sejarah RuamThai PTSB mula berkembang pada sesi Julai 2008 apabila kemasukan pelajar baru pada sesi tersebut terdapat pelajar Siam  sebanyak 23 orang. Ia manjadi sejarah kemasukan pelajar Siam yang paling banyak sekali daripada sesi-sesi yang lepas. Dengan jumlah junior pada sesi tersebut sebanyak 23 orang tambah pula dengan senior yang hanya mempunyai sebanyak 15 (dianggarkan) orang maka tercetuslah usaha untuk mewujudkan RuamThai yang lebih aktif seperti politeknik dan institusi pangajian tinggi yang lain terutamanya Polimas dan PKB.

Aktiviti MSK Ruam Thai atau rap nong diadakan di Wat Bulit Selambau pada ... . Dengan kerjasama daripada pihak wat, sami-sami termasuklah phra acarn noi (wat plai ramai) dan masyarakat Siam di kawasan pekan Bukit Selambau yang diketuai oleh Puan Yuni, maka aktiviti tersebut berjaya dijalankan. Atas sumbangan daripada bebrapa pihak terutama daripada beberapa persatuan-persatuan Siam di negeri Kedah dan orang ramai akhirnya kami mendapat sejumlah modal untuk menampung kos pengajuran aktiviti tersebut.

Selepas aktiviti tersebut dijalankan, maka Ruam Thai PTSB mula beraktif dan mula dikenali oleh orang ramai terutamanya ahli-ahli ruamthai.net.   

 

Senarai President RuamThai PTSB:

1. Sopha a/p Atiang

2. Manit Sengsuriya (Jul 2008 - Jan 2009)

3. Dhauu a/p Ah Sing (Jul 2009 - Jan 2010)

4. Vasant a/l Chuan (sekarang)

* tiada info tentang Presiden RuanThai sebelum tahun 2008