RUAMTHAI PTSB (Kulim)

Laman rasmi Ruam Thai Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim

INFO SEMASA RUAMTHAI PTSB

Baju Ruam Thai PTSB Dis 2010 - 21 Desember 2011

Baju Ruam Thai PTSB bagi sesi Dis 2010 sudah siap direka (design). Sekarang dalam proses memilih yang terbaik dan akan hantar untuk design semula supaya ia nampak lagi menarik. Kemungkinan dalam minggu depak anda akan dapat lihat design tersebut. Harap bersabar. 

 

Senarai Ruam Thai Politeknik yang masih aktif - 21 Januari 2011

Buat masa sekarang, terdapat 28 buah poliiteknik di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut hanya beberapa buah politeknik sahaja yang ada Ruam Thai di peringkat politeknik. Ada yang baru wujud dan ada yang sudah tidak aktif. Antara Ruam Thai politeknik yang masih bergiat aktif ialah Ruam Thai POLIMAS (Jitra), Ruam Thai PKB (Ketereh), Ruam Thai PTSS (Arau), Ruam Thai PUO (Ipoh), Ruam Thai POLISAS (Kuantan), Ruam Thai PTSB (Kulim) dan Ruam Thai PMM (Merlimau). Manakala Ruam Thai PJB dan Ruam Thai PSP yang sangat bergiat aktif suatu ketika dahulu tiada sebarang info atau perkembangan untuk masa sekarang. Berharap semua pelajar Siam di seluruh politeknik yang sudah tidak aktif berusaha untuk wujudkan Ruam Thai politekniknya demi kepentingan dan kebaikan pelajar Siam kita. Ruam Thai di politeknik yang masih aktif berharap akan bekekalan. Terima Kasih. 

 

Web Ruam Thai PTSB di link web Ruam Thai Pusat - 21 Januari 2011

Website Ruam Thai PTSB telah ditambah (add) ke dalam senarai link dalam website Ruam Thai Pusat di ruamthai.net. Walau ia merupakan satu perkembangan yang kecil tetapi ia juga merupakan salah satu langkah untuk mempromosi Ruam Thai poli kita kepada umum terutamanya ahli Ruam Thai seluruh Malaysia. 

 

Jamuan Ruam Thai PTSB dijalankan dengan jaya - 8 Januari 2011

Aktiviti suai kenal dan jamuan Ruam Thai PTSB telah dijalankan dengan jayanya pada 7 Januari 2011. Semua junior dapat hadir pada hari tersebut termasuklah junior yang sedang menjalan Latihan Industri. Ramai pelajar senior menghadiri jamuan tersebut. Antara makanan pada hari tersebut ialah ayam bakar, babi bakar, hotdog dan bebola bakar, bihun goreng dan sambal, kuih-muih, makanan ringan, jus kiwi (Juei sponsor) dan lain-lain. Ribuan terima kasih kepada ex-Ruam Thai PTSB yang dapat hadir pada hari tersebut. 

 

Tarikh Mengambil Gambar RuamThai PTSB - 23 December 2010

Kepada semua ahli RuamThai PTSB sekalian, gambar Ruam Thai PTSB yang diambil pada hari Rabu (22 December 2010) dijangka akan siap pada hari selasa depan. Sesiapa yang masih membuat bayaran sila membuat demikian sekarang dengan saudara Vasant di talian 019-4490267. Harga sekeping gambar candid tersebut ialah RM10. Sila buat pembayaran segera.   

 

Sesi Bergambar Ruam Thai PTSB Dis 2010 - 21 December 2010

Kepada semua ahli RuamThai PTSB, sesi bergambar akan diadakan pada 22 December 2010 (Rabu) jam 1.00 petang berkumpul di Depan Bilik Kaunseling di Bangunan Hal Ehwan Pelajar (HEP). Kehadian anda amat dihargai. 

 

Hasil Perbincangan Perjumpaan Kali Pertama - 15 December 2010

Perjumpaan ahli RuamThai PTSB hari ini hanya 17 orang sahaja yang hadir. Kami telah membuat beberapa keputusan untuk aktiviti RuamThai PTSB bagi semester ini. Antaranya cadangannya ialah buat ruamthai di Wat Bukit Selambau, jamuan rapnong baru, pergi Pulau Jerejak, lawatan ke Kuala Lumpur dan lawatan sambil belajar ke Merbok (Candi Lembah Bujang). Cadangan buat rapnong di wat Bukit Selambau dicancel sebab tiada sponsor, jamuan rapnong baru diteruskan, pergi ke Pulau Jerejak mungkin kena tengok keadaan terlebih dahulu, lawatan ke Kuala Lumpur dicancelkan sebab memerlukan kos yang agak tinggi dan lawatan sambil belajar ke Merbok (Candi Lembah Bujang) dalam pertimbangan dan perlu bekerjasama dengan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) PTSB untuk mendapatkan peruntukan. Selan itu, baju RuamThai sesi Dis 2010 akan didesign. Jadi sesiapa yang iin dapatkan baju RuamThai PTSB untuk tahun 2010. TQ

 

Meeting RuamThai PTSB kali pertama - 14 December 2010

Meeting RuamThai PTSB bagi Sesi Disember 2010 akan diadakan pada 15 December 2010 (Rabu) tepat jam 5.00 petang di Kantin Poli. Kehadiran anda amat dihargai. Tolong sebarkan kepada rakan-rakan anda sama. Sebarang pertanyaan sila hubungi 019-4490267. Terima kasih... 

 

Bantuan kepada phi2 nong2 Jitra - 8 November 2010

Saya baru dapat sms daripada khun Peemon, setiausaha RuamThai Pusat yang ingin menyalurkan bantuan daripada Ruamthai Lembah Klang kepada phi2 nong2 kawasan Jitra yang menimpa bencana banjir dari awal bulan sampai sekarang. Mereka akan berkumpul di Wat Jitra. Sesiapa yang minat memberi bantuan kewangan, bekalan makananatau pakaian boleh kirim kepada mereka pada hari Jumaat (12 November 2010) atau sesiapa yang  ingin memberi bantuan dalam bentuk kewangan melalui proses bank-in juga boleh membuat demikian. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di 019-4490267 atau khun Peemon di 012-9648608. Anda boleh layari www.ruamthai.net atau Facebook Komuniti Siam Jitra untuk mendapatkan maklumat lanjut. TQ

 

Melawat Tasik Mengkuang - 16 Oktober 2010
 
Selepas tham boon di wat Kg. Telok Wang, kami telah mengadakan ekspidisi ke Tasik Mengkuang di Penanti untuk beria-ria sambil melihat keindahan tasik dan sumber hutan.
 
Program Tham Boon Korn Sorp berjaya dilaksanakan - 15 Oktober 2010
 
RuamThai PTSB dengan jayanya telah melaksanakan program akhirnya iaitu Tham Boon Korn Sorp di Wat Rajaphohong, Kg. Telok Wang, Penanti. Taniah diucapkan. Hanya beberapa orang sahaja yang boleh hadir pada hari tersebut. Antaranya saudara Virat, Phanuwat, Kumpha dan Vasant serta saudari Narin, Rajuana, Sri Reena, Sorikya dan Sunitsa. Beberapa orang ahli RuamThai PTSB yang tinggal di dalam kamsis tidak dapat join bersama kerana terdapat aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kamsis pada hari ini juga. RuamThai PTSB berjaya menguntip derma daripada ahlinya sebanyak RM82.00 dan duit derma tersebut telah diserahkan kepada Ketua Sami Wat Rajaphohong tanpa memotong sebarang perbelanjaan. Ketua Sami telah mendoakan kepada semua supaya berjaya dalam peperiksaan nanti. Berharap semua yang menderma menerima boon (pahala) bersama je. Anumothana Sathuk.
 
Program Tham Boon Korn Sorp (ทำบุญก่อนสอบ) - 11 Oktober 2010

Sawaddee khon Thai PTSB

Program akhir pada semester ini bagi RuamThai PTSB adalah menyalurkan derma untuk pembinaan dewan serbaguna di Wat Rajaphohong, Kg. Telok Wang, Penanti. Tujuannya sebagai thambun sebelum masuk peperiksaan yang akan tiba pada hujung bulan ini nanti. Duit yang anda derma akan dikumpul dan diserahkan kepada Ketua Sami Wat Rajaphohong tanpa memotong apa-apa perbelanjaan. Kami akan bertolak ke wat tersebut pasa hari Jumaat (15 Oktober 2010) ini. Sesiapa yang kelapangan pada hari tersebut boleh turut serta dengan menaiki kenderaan masing-masing (tanpa sebarang tuntutan). Kai akan berkumpul di Stesen Minyak Caltex lepas Taman Kulim Square. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi 019-4490267/017-4880135. Kerjasama daripada amat dihargai. Terima kasih... 


Program Thod Pha Paa dibatalkan - 7 Oktober 2010

 

Dalam perancanganawal, RuamThai PTSB ingin menganjurkan Majlis Tho Pha Paa RuamThai PTSB di Wat Rajaphohong, Kg. Telok Wang, Penanti. Tetapi program tersebut terpaksa dibatalkan kerana kita tiada orang yang akan handle untuk program tersebut selepas Presiden RuamThai terlibat dengan aktiviti lain. Selain itu, kami juga mempunyai masalah tentang pengangkutan. Oleh itu, program tersebut terpaksa dibatalkan.

 

RuamThai PTSB di Wikipedia Ruam Thai Malaysia - 1 September 2010

Setelah webmaster telah menyuntik website RuamThai PTSB ke dalam laman Wikipedia Siam Malaysia, kali ini pula kami telah menyuntikan website RuamThai PTSB ke dalam laman Wikipedia Ruam Thai Malaysia. Anda boleh klik pada link di bawah untuk melihat perkembangan ini. Link: http://ms.wikipedia.org/wiki/Ruam_Thai

 

RuamThai PTSB di Wikipedia Siam Malaysia - 30 Ogos 2010

Website Ruamthai PTSB sekarang sudah disuntikan ke dalam laman Wikipedia bahagian Siam Malaysia (Malaysian Siamese). Anda boleh melayari http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysian_Siamese untuk melihat perkembangan tersebut.

 

Sample baju RuamThai PTSB Sesi Jul 2010 - 28 Ogos 2010

                                

Baju RuamThai PTSB Sesi Jul 2010                                                                                                                                 Khobkhun Nareen (PJB ) kerana tolong design baju ini.

 

KETERANGAN MENGENAI BAJU:

1. Boleh memilih warna baju sama ada HIJUA atau PUTIH

2. Logo berada di sebelah kiri (depan)

3. Depan sebelah kanan tulis nama secara peribadi

4. Belakang (atas) tulis website RT PTSB - http://www.ruamthaiptsb.webs.com/

5. Gambar dekthai di sebelah kiri (belakang)

6. Slogan di sebelah kanan (belakang)

7. Lengan kanan tulis Jul' 10

8. Lengan kiri tulis PTSB

9. Kain Cotton

10. Harga: RM 20 (sebagai anggaran. tetapi kemungkinan harga sebenarnya tidak sampai RM20. baki akan dikembalikan)

11. Konsep baju: Save World Save Life

 

News: Baju RuamThai PTSB Jul 2010 - 28 Ogos 2010

Sawaddee semua... Atas permintaan yang ramai, kami barisan MT RuamTHai PTSB telah membuat perbincangan dan berbincang dengan MT RuamThai di politeknik lain berkenaan dengan proses membuat baju RuamThai bagi sesi ini. Keputusan akhirnya, baju RuamThai PTSB sesi ini akan buat dua warna iaitu:

1. Hijau - line warna hitam

2. Putih - line warna gold

Jadi, anda boleh membuat pilihan sama ada nak warna yang mana satu. Tetapi design lain tetap sama tiada perubahan. Pembayaran pula perlu dijelaskan sebelum 30/8/2010 (selasa) kepada P'Rin. Kepada sesiapa yang ingin membuat pembayaran melalui proses bank-in, anda boleh menghubungi saya di 019-4490267. Hanya terhad kepada Maybank dan BSN sahaja. Terima kasih...

 

Baju RuamThai PTSB Jul 2010 - 17 Ogos 2010

Untuk pengetahuan semua, baju RuamThai PTSB bagi sesi Julai 2010 sudah design. Jadi sesiapa yang ingin memberi cadangan atau komen terhadap baju tersebut, anda boleh layari Facebook RuamThai PTSB di http://www.facebook.com/group.php?gid=115544255142639&v=photos&ref=ts#!/photo.php?pid=359834&op=1&o=global&view=global&subj=115544255142639&id=100000231905371 . Anda boleh memberikan apa-apa sahaja cadangan terhadap baju tersebut dan kami akan mempertimbangkan cadangan anda tersebut. Terima kasih. 

 

Trip To Sedim Jul 2010 - 8 Ogos 2010

Taniah RuamThai PTSB kerana menjayakan program Trip To Sedim Jul 2010. Ucapan ribuan terima kasih kepada bekas Presiden RuamThai PTSB, Saudara Manit dan kawannya kerana menolong kami mengangkut barang ke sana dan sponser KFC kami serta sentiasa memberi sokongan kepada kami. Kepada sesiapa yang tidak sempat join untuk program kali ini, nanti tunggu program yang seterusnya. Berharap kali ini semua boleh join bersama-sama je. Terima kasih 

 

Rapnong RuamThai Polimas - 15 Jul 2010

RuamThai Polimas yang diketuai oleh saudara Phattharu Sena akan mengadakan aktiviti rapnong pada 15 Jul 2010 - 17 Jul 2010 di wat Telok Wanjah, Alor Setar, Kedah. Dalam perancangan awal, RuamThai PTSB ingin join dengan RuamThai Polimas untuk membuat aktiviti rapnong tersebut. Kami telah berusaha untuk mendapatkan modal dan pengangkutan daripada beberapa pihak dan mereka bersetuju untuk menolong kami. Tetapi malangnya pelajar yang duduk dalam kamsis terlibat dengan aktiviti Minggu Kamsis termasuklah beberapa orang ahli RuamThai yang berada di kamsis. Kami telah berusaha untuk mendapatkan surat pelepasan daripada pelbagai pihak tetapi tidak dilayani. Jadi, kami mengambil keputusan untuk batalkan perancangan tersebut untuk mengelakkan daripada beberapa masalah yang akan timbul.  

 

Keputusan Perjumpaan Kali Pertama RuamThai - 15 Jul 2010 

Perjumpaan kali ini hanya 12 orang sahaja ahli RuamThai yang datang. Orang lain mungkin ada kelas dan sebagainya. Terdapat 3 orang ahli baru dan ketiga-tiganya berasal dari Kedah. Beberapa perkara telah dibincangkan dan ada beberapa perancangan yang terpaksa batalkan sebab ingin mengelakdaripada beberapa masalah yang akan timbul. Antara keputusan yang telah diputuskan adalah membuat jamuan, membuat baju RuamThai PTSB Sesi Jul 2010,pelantikan ahli jawatankuasa sesi Jul 2010 dan lain-lain.                                                                                                                                                  

 

Perjumpaan Kali Pertama RuamThai PTSB Sesi Jul 2010 - 5 Jul 2010

Kepada semua ahli RuamThai PTSB. Satu perjumpaan akan diadakan pada: 

Hari : Rabu
Tarikh: 7hb Julai 2010
Tempat: Kantin poli
Pukul: 4.00 petang 

Beberapa perkara akan dibincangkan pada hari tersebut seperti berkenaan dengan perancangan mambuat majlis suai kenal antara senior dan junior, membuat baju, jamuan dan lain-lain program. Berharap semua ahli (senior dan junior) dapat hadir pada hari tersebut. Tolong sebarkan kepada member yang lain. Kerjasama daripada anda amat dihargaai. TQ

 

X-Team JPP PTSB - 3 Jul 2010

Kepada semua pelajar Siam di Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (PTSB) yang ingin berdaftar menjadi ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar PTSB, anda boleh dapatkan borang X-Team JPP di bilik gerakan JPP atau muat turun dalam website JPP PTSB di http://ehep.ptsb.edu.my/jpp/Home.html. Anda akan dilantik sebagai Majlis Tertinggi apabila menang dalam pilihan raya JPP pada semester depan.

 

Pelantikan Jawatan Exco Kerja Khas Baru Jawatankuasa Perwakilan Pelajar - 3 Jul 2010

Saya, Vasant a/l Chuan telah dilantik sebagai Exco Tugas-Tugas Khas untuk mengisikan kekosongan jawatan tersebut dalan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah (JPP PTSB). Bukan berniat untuk menunjuk-tunjuk atau belagak tatapi hanya mahu memaklumkan kepada semua terutamanya ahli RuamThai PTSB dan jikalau anda ada apa-apa cadangan yang ingin kemukakan kepada JPP, bolehlah melalui saya atau mana-mana Exco dan Majlis Tertinggi JPP PTSB. Cadangan tersebut juga boleh dibuat secara bertulis dan masukkan ke dalam peti cadangan JPP di bilik gerakan JPP.

 

Majlis Pembakaran Mayat Ketua Sami Padang Terap, Kedah - 26 Jun 2010

Raja Bumibol Adulyadej Thailand telah memperkenan majlis pembakaran mayat Diraja, Phra Khru Sophonkitjathorn (Phor Than Ren), Ketua Sami Daerah Padang Terap dan Ketua Sami Wat Lampam, Pendang, Kedah. Majlis berlangsung pada 1 hingga 3 Julai 2010 di perkarangan Wat Lampam. Upacara pembakaran mayat akan dilakukan pada malam 3 Julai 2010. Semua anak murid, orang ramai dijemput hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang.

 

Website RuamThai PTSB, Kulim dalam proses kemaskini. - 1 Jun 2010

Sawaddee dan salam 1Malaysia kawan-kawan RuamThai PTSB dan juga pengunjung- pengunjung website ini. Saya yang bertugas sebagai webmaster website ini ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa website ini dalam proses kemaskini. Sebahagian maklumat yang lama akan di'delete' dan akan di'update' dengan makumat kini. Walau bagaimanapun, anda boleh melayari website ini seperti biasa. Terima Kasih.